Matlamat konsert amal ini adalah untuk menyalurkan dana demi memperkasakan gerak kerja kebajikan dengan lebih rancak bagi tahun 2025 ini, di bawah pengelolaan PKAM, dalam menjaga kemaslahatan ummat Islam pada sudut pendidikan, bantuan amal kepada faqir miskin, anak yatim, dan selainnya.
Munsyid terkemuka di tanah Arab yang banyak menyampaikan dakwah melalui nasyid dan qasidah yang menyentuh hati di pelbagai negara seperti Lubnan, Syria, Germany, Turki, Australia dan lain-lain. Nasyid beliau tertumpu pada memuji Allaah dan Cinta Rasulullaah , dan didengari ummat Islam seluruh dunia.
Seorang artis antarabangsa dari Australia, pernah berkolaborasi dengan munsyid dari Timur Tengah & Asia.
Munsyid dari Lubnan dengan suara yang istimewa, terlibat dalam banyak persembahan antarabangsa dengan kumpulan nasyid terkenal
Komposer dan vokalis utama kumpulan nasyid Al Maddah, yang banyak terlibat dalam pelbagai persembahan Grand Mawlid.
TARIKH:
30 JANUARI 2025 | KHAMIS
MASA:
8.00pm-11.00pm
LOKASI:
Restaurant Al-Rawsha Shah Alam. No 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Jamuan:
Makan malam disediakan secara Buffet.
Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, boleh tempah tiket kanak-kanak dengan sumbangan RM35.00 bagi semua zon, dengan syarat perlu sama zon dengan tiket ibu/ayah/penjaga. Contoh, ayah tempah tiket platinum dengan harga RM500.00, anak bawah 12 tahun boleh tempah tiket kanak-kanak dengan sumbangan RM35.00 di zon yang sama.
Kanak-kanak 2 tahun ke bawah boleh masuk percuma , tetapi akan duduk dengan ibu/ayah/penjaga.
Bagi yang sudah tempah tiket, dan ingin tambah tiket untuk anak , anda hanya perlu tempah tiket kanak-kanak mengikut zon tiket anda.